Nama Kitab Kitab Allah Yang Wajib Diimani Oleh Umat Islam

Advertisement
Nama Kitab Kitab Allah Yang Wajib Diimani Oleh Umat Islam - Kitab kitab Allah adalah kitab-kitab yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul yang dianjurkan untuk disampaikan kepada umat manusia agar dijadikan pedoman hidup bagi mereka. Kitab-kitab ini berisi peraturan, ketentuan, perintah dan larangan yang dijadikan tuntunan bagi umat manusia dalam menjalankan kehidupan agar tercapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebagai muslim, kita harus percaya dan meyakini dengan iman serta aqidah yang teguh bahawa semua kitab yang telah diturunkan Allah S.W.T kepada para Nabi dan Rasul-Nya adalah benar & tidak meragukan.

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ

وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ

Allah S.W.T berfirman: ”Rasul telah beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.” [al-Baqarah, 285]

Dinamakan kitab-kitab suci kerana mengandungi firman Allah S.W.T yang suci dan bersih dari kesalahan dan bebas daripada campur tangan manusia yang dhaif & lemah, diturunkan kepada para Nabi dan Rasul melalui perantaraan Malaikat untuk disampaikan kepada manusia seluruhnya.

Kitab-kitab Allah S.W.T terlalu banyak serta tidak terhitung bilanganya dan diturunkan pada masa yang berlainan, namun di dalamnya terkandung ajaran pokok yang sama, iaitu ajaran tauhid atau ajaran tentang keesaan Allah. Yang berbeza hanyalah dalam hal Syariat yang disesuaikan dengan zaman dan keadaan umat pada waktu itu.


Nama Kitab Kitab Allah Yang Wajib Diimani Oleh Umat Islam

Adapun kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi & Rasul-Rasul terdahulu adalah dikategorikan sebagai Shuhuf atau Mushaf kerana ia sekadar lembaran-lembaran sahaja. Diantaranya ialah:
  1. 10 shuhuf kepada Nabi Adam a.s
  2. 50 shuhuf kepada Nabi Syith a.s (pendapat lain mengatakan 60 suhuf)
  3. 30 shuhuf kepada Nabi Khanukh a.s
  4. 30 shuhuf kepada Nabi Idris a.s
  5. 10 shuhuf kepada Nabi Ibrahim a.s (pendapat lain mengatakan 30 suhuf)
  6. 10 shuhuf kepada Nabi Musa a.s
Nama Kitab Kitab Allah Yang Wajib Diimani Oleh Umat Islam 
Di antara sekian banyak kitab kitab suci Allah S.W.T, hanya ada 4 kitab suci yang wajib diketahui oleh setiap muslim iaitu:
  1. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s
  2. Zabur kepada Nabi Daud a.s
  3. Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s
  4. Al-Qur’an  diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
1. KITAB TAURAT
Kitab Taurat diwahyukan Allah S.W.T kepada Nabi Musa a.s sebagai pedoman hidup bagi kaum Bani Israel. Allah berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada )petunjuk dan cahaya (yang menerangi)”[an-Nisa’, 44]
Kitab Taurat asli yang berisikan akidah dan hukum-hukum syariat sudah tidak ada lagi. Yang beredar di kalangan orang-orang Yahudi saat ini bukanlah kitab Taurat asli, melainkan palsu. Sebab mereka telah melakukan perubahan-perubahan pada isi kandungannya.

Para Ulama' mensepakati bahawa kitab Taurat yang asal sudah tidak ada lagi. Taurat yang beredar pada hari ini lebih tepat dikatakan sebagai karangan atau tulisan orang-orang Yahudi pada waktu dan masa yang berbeza. Allah S.W.T berfirman,
“Iaitu orang-orang Yahudi mereka mengubah perkataan dari tempat-tempatnya.”[An-Nisa’, 46].

2. KITAB ZABUR
Kitab Zabur diturunkan Allah S.W.T kepada nabi Daud as. Nabi Daud a.s hanya diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk mengikuti syariat Nabi Musa. Maka pokok ajaran kitab Zabur berisi tentang zikir, nasihat dan hikmah bukan hukum.

3. KITAB INJIL

Kitab Injil diturunan oleh Allah kepada Nabi Isa a.s.  Kitab Injil yang asli memuatkan keterangan-keterangan yang benar dan nyata iaitu perintah-perintah Allah agar manusia percaya bahawa Allah S.W.T itu Esa atau satu, bukan banyak dan tidak menyekutukanNya dengan suatu apapun. Juga dalam kitab Injil yang asli telah dijelaskan bahawa di akhir zaman akan lahir seorang nabi yang terakhir.

4. KITAB AL-QUR’AN
Al-Qur’an adalah kitab suci yang wajib diimani dan diyakini dengan keyakinan yang kuat akan kesuciannya. Berlainan dengan kitab-kitab suci sebelumnya, Al-Qur'an diturunkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril a.s itu tidak secara sekaligus, melainkan secara beransur-ansur selama 23 tahun dan terdiri daripada 114 Surah serta 30 juzuk & 6,666 ayat. Wahyu pertama adalah surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5, diturunkan di gua Hira’ ketika Nabi s.a.w sedang berkhalwah atau menyendiri. Pada saat itu pula baginda diangkat menjadi Rasulullah untuk menyampaikan risalahNya kepada seluruh umat manusia. 
Advertisement

Subscribe to receive free email updates: